/*put here your histats code*/

-->

Tuesday 5 March 2013

Bengkel Analisis & Pelaporan SSKP

Bengkel Analisis & Pelaporan Soal Selidik Kepuasan Pelanggan telah diadakan pada 5 Mac 2013 bertempat di LDP1 IPGKTHO. Bengkel ini bertujuan memberi pendedahan kepada ahli Jabatan PIPK mengenai soal selidik kepuasan pelanggan yang terkini serta arahan kerja mengikut Sistem Pengurusan MS-ISO. Input telah diberikan oleh Puan Jamia'aton Sofiah Harun (Ketua Unit Penyelidikan) dan maklumat terkini juga telah dikongsi bersama ahli-ahli JPIPK.

Puan Jamia'aton (KU Penyelidikan) memberi penerangan Arahan Kerja SSKP

KJ dan ahli-ahli JPIPK memberi penumpuan 100% terhadap SSKP




Sunday 3 March 2013

Bengkel Pembentangan Proposal Penyelidikan 2013

Bengkel Pembentangan Proposal Penyelidikan 2013
Satu bengkel Pembentangan Proposal Penyelidikan Pendidikan Tahun 2013 telah diadakan pada 21 Februari 2013 di Bilik LDP1. Bengkel ini dirasmikan oleh Timbalan Pengarah IPGKTHO En Koh Kok Hwee. Jabatan PIPK telah menyediakan tiga bilik (Bilik LDP1, Bilik LDP2 dan Bilik Tayangan Pusat Sumber) untuk para penyelidik membentangkan proposal masing-masing. Pihak penganjur mengucapkan penghargaan kepada para fasilitator yang banyak memberi bantuan dan sokongan kepada para penyelidik agar proposal yang dibentangkan berada pada landasan yang betul.








































Bengkel Penyediaan Proposal Penyelidikan Tahun 2013

Satu bengkel penyediaan Proposal Penyelidikan untuk tahun 2013 telah diadakan pada 25 Januari 2013 bertempat di Bilik Mesyuarat IPG KTHO. Bengkel ini bermula pada jam 9.30 pagi dan dirasmikan oleh Puan Hajjah Zaleha bt. Onn, Pengarah IPG KTHO. Barisan fasilitator terdiri daripada Dr. Hj. Muhamad Kasim Basir, Dr. Hilmi Ahmad Sarghir dan Dr. Balakrishnan Govinthasamy yang memberi fokus kepada aspek penyediaan proposal mengikut pendekatan kuantitatif, kualitatif dan juga penyelidikan tindakan.


















 

Friday 1 February 2013

Melangkah Tahun Baru Bersama Penyelidikan & Inovasi

Assalamualaikum wrt wbt. Salam sejahtera.

Melangkah ke Tahun 2013, Jabatan PIPK mengalu-alukan kehadiran ahli-ahli baru untuk bersama-sama berganding bahu dan menggerakkan gelanggang penyelidikan dan inovasi. Selamat datang diucapkan kepada Dr. Balakrishnan a/l Govinthasamy, Dr. Hilmi Ahmad Sharghir, En. Mohd Amin Said dan Pn. Nor Raihan Mohd Nor. Selamat bertugas di tempat baru...Semoga kehadiran Dr/Tuan/Puan, akan merancakkan budaya menyelidik dan inovasi.....